Pedukar terus mengorak langkah di peringkat antarabangsa apabila menyertai 10th KOSCA Caricature Convention yang berlangsung pada 2–5 Februari 2026 di Seoul, Korea. Program ini menghimpunkan 96 kartunis dan artis karikatur dari pelbagai negara termasuk Korea, Jepun, Malaysia, Amerika Syarikat, Jerman, Taiwan, Hong Kong, Rusia, Singapura dan Mongolia. Penyertaan wakil Pedukar membuka ruang pertukaran idea, jaringan profesional serta memperkenalkan bakat karikatur Malaysia kepada komuniti seni karikatur dunia.





