Festival Karikatur 2023 - Pedukar Hari ke 3 - Perasmian
Pelancaran Festival Karikatur Malaysia 2023 di Mahkota Parade, Melaka, oleh Datuk Lat

PEDUKAR adalah singkatan dari Pertubuhan Dunia Karikatur Malaysia yang telah ditubuhkan pada 2018 oleh Encik Mohd Khairul Anuar dan Encik Mohd Ekram. Yang kemudiannya didaftarkan secara rasmi pada 30 Disember 2019.

Penubuhan PEDUKAR pada awalnya banyak berkisar kepada cabaran lukisan bulanan dan sedikit kemaskini acara-acara berkaitan dan perkongsian peluang untuk pelukis-pelukis karikatur secara langsung mendapatkan tempat untuk menjaja lukisan. Ia bagaimanapun, berkembang hasil dari cita-cita dan kemahuan yang lebih besar untuk menjadikan industri karikatur negara lebih dikenali diserata dunia.

Kami sedia maklum dalam perkembangan teknologi terkini, pelukis lebih mudah mencapai penonton dan pengguna secara maya. Bagaimanapun ia masih terhad kepada pengguna yang arif dan memang betul mencari seni karikatur yang mereka inginkan. PEDUKAR ditubuhkan bagi membolehkan pelukis-pelukis negara melangkaui capaian melalui teknologi semata-mata; melalui majlis, program, festival malahan pendidikan secara secara langsng ke sekolah atau badan-badan pendidikn berkaitan. Ini membolehkan seni karikatur (amnya) dan pelukis itu sendiri (khususnya) dapat lebih dikenali di luar rangkaian maya semata-mata.

Program Anjuran

BULANAN

Pedukar_program_anjuran_bulanan

Cabaran karikatur secara bulanan atau mingguan bagi ahli kumpulan PEDUKAR di Facebook. Antara nama-nama yang pernah dijadikan subjek seperti Sabri Yunus, Sudirman Hj Arshad, Imuda, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Tiz Zaqyah, Altimet, Kartunis Ujang, Kartunis Soya dan Zul Handy Black. Dan akan terus menambah nama-nama besar dari dalam negara sebagai subjek bulanan.  

KERJASAMA

Pedukar_program_anjuran_kerjasama

Kerjasama akrab setakat ini bersama Balai Kartun Rossem yang mana telah 2 kali mengadakan pertandingan karikatur bertaraf antarabangsa. Subjek yang terlibat seperti Sabri Yunus dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Pertandingan ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

PROGRAM LUAR

Pedukar_program_anjuran_program_luar

PEDUKAR telah mengadakan 2 program berskala besar dengan kerjasama pelbagai pihak, terutamanya ICYM seperti Hari Karikatur KAYM (2022), Festival Karikatur Malaysia (2023).

Program-program seperti initelah mendapat rambutan yang baik dari dalam dan luar negara, secara tidak lansung menaikkan semangat PEDUKAR untuk meneruskan kegiatan menjulang seni karikatur dengan lebih luas.

Dari program-program terbabit, PEDUKAR telah menetapkan untuk menjadikan Festival Karikatur Malaysia sebagai acara tahunan dengan mengenalpasti beberapa tempat berpotensi baik. Sehubungan dengan itu, PEDUKAR telah memperkenalkan logo yang dibawa Bersama untuk setiap festivalmendatang nanti.

Pedukar_program_anjuran_festival_karikatur_Malaysia

Kami berharap Festival Karikatur Malaysia akan mendapat tempat Dan pengiktirafan yang lebih tinggi dari dalam dan luar negara, kerana penerimaan yang sangat membanggakan pada program pertama.

Kata Aluan Presiden

Katon Presiden Pedukar

KATA ALUAN PENGERUSI
PERTUBUHAN DUNIA KARIKATUR MALAYSIA (PEDUKAR)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Selamat datang ke laman rasmi Pertubuhan Dunia Karikatur Malaysia (PEDUKAR)!

Kami berbesar hati untuk memperkenalkan PEDUKAR sebagai sebuah platform yang menghimpunkan para kartunis, pelukis karikatur, dan penggiat seni dari seluruh dunia. Dengan misi untuk memartabatkan seni karikatur, PEDUKAR berperanan sebagai medan perkongsian ilmu, kreativiti, serta jaringan profesional bagi semua yang terlibat dalam industri ini.

Melalui pelbagai program, bengkel, pameran, dan konvensyen antarabangsa, kami bertekad untuk memupuk bakat baharu, mengangkat karya seni tempatan ke persada global, serta mengeratkan hubungan antara penggiat seni dari pelbagai negara.

Kami mengalu-alukan penyertaan dan sokongan daripada semua pihak, sama ada kartunis profesional, peminat seni, atau mana-mana individu yang berkongsi minat terhadap dunia karikatur. Bersama-sama, kita akan terus mengangkat seni karikatur sebagai medium komunikasi yang berkuasa, mencuit hati, dan menyampaikan mesej yang bermakna.

Terima kasih kerana mengunjungi laman ini. Semoga ia menjadi sumber inspirasi dan manfaat kepada semua.

Sekian, terima kasih.

Tandatang Katon Original

Mohd Khairul Anuar Bin A Rahman (Katon Aqhari)

Pengerusi
Pertubuhan Dunia Karikatur Malaysia (PEDUKAR)

Aktiviti Terkini

  • All Post
  • Caricature Education and Beyond - TAR-UMT 2024
  • Caricature Education and Beyond - TAR-UMT 2025
  • Design
  • Fashion
  • Festival Karikatur & Kraftangan 2024
  • Festival Karikatur 2023
  • Festival Karikatur Malaysia 2023
  • International Caricature Exhibition 2023
  • Lifestyle
  • Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa Kerja Festival Seni Selat Melaka & Festival Sungai Melaka (FSSSM)
  • Mou bersama Kumpulan Pelukis Negeri Melaka
  • Pembangunan NOSS Karikatur
  • Pertandingan Karikatur Muda, Festival Seni Selat Melaka & Festival Sungai Melaka 2025
  • Rakan Strategik Animas (Pameran animasi Malaysia) 2024

masukkan email

Subscribe Email

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Pencapaian

  • Caricature Education and Beyond - TAR-UMT 2025
  • Design
  • Fashion
  • Festival Karikatur & Kraftangan 2024
  • Festival Karikatur 2023
  • International Caricature Exhibition 2023
  • Lifestyle
  • Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa Kerja Festival Seni Selat Melaka & Festival Sungai Melaka (FSSSM)
  • Mou bersama Kumpulan Pelukis Negeri Melaka
  • Pembangunan NOSS Karikatur
  • Pertandingan Karikatur Muda, Festival Seni Selat Melaka & Festival Sungai Melaka 2025
  • Rakan Strategik Animas (Pameran animasi Malaysia) 2024

Instagram

Edit Template
Copyright © 2025
PEDUKAR